You Are Reading

0

From my e-mail

Nasz Sniper 21 Okt 2011

Salam Deen
 
Pernah tak Deen terfikir untuk berhenti kerja
dan melakukan perniagaan internet sepenuh masa? 
 
Pastinya pernah terlintas di fikiran Deen kan?
 
Nak tahu? Kalau saya berada di tempat Deen 
saya tidak akan sesekali mengambil tindakan untuk
berhenti kerja hanya kerana memperolehi keuntungan 
RM1000 sebulan melalui internet.
 
Deen
beberapa minggu kebelakangan ni saya menerima email
daripada mereka yang benar-benar nak menjana pendapatan bersama
kelab jutawan. Katanya nak berhenti kerja dan fokus kepada
perniagaan internet semata-mata.
 
OMG, nak kata terkejut tak juga, tapi ini langkah yang SILAP untuk
mereka yang baru hendak bermula bertatih didalam dunia perniagaan internet.
 
Deen, dunia perniagaan tidak seindah yang anda fikirkan dan
lihat. Ya, memang ramai yang sudah berjaya sehingga mampu menjana
jutaan ringgit setahun dengan hanya duduk dirumah. Tetapi pernah
tak kita melihat jatuh dan bangun mereka sebelum mereka berjaya
mengecapi kekayaan?
 
Deen  kerjakan? dan saya yakin gaji yang
Deen miliki sekarang cukup untuk menyara diri
dan keluarga dan menabung sedikit untuk 
simpanan masa hadapan anak-anak. Hebat.. 
 
Deen, jika hendak berjaya kita hendaklah belajar
daripada kegagalan,kesilapan dan zaman kegelapan mereka
yang sudah kaya dan berjaya.
 
"mereka" mungkin mengambil masa 1 tahun? 2 tahun?
atau mungkin 5 tahun baru berjaya menjana sekurang-kurangnya
RM3000 sebulan melalui internet. cuba Deen bayangkan
hidup selama 5 tahun tanpa gaji dan keluarga memerlukan
Deen  untuk memberikan nafkah kehidupan?? Fikirkan.
 
Deen  buatlah perniagaan internet secara part-time.
Biar lambat asal selamat. Adakala jika hendak cepat pun
tak guna jika menyesal dikemudian hari.
 
Terokai dan pelajari lebih banyak ilmu didalam internet.
Buka buku, ebook dan video yang ada didalam internet
untuk memahami selok belok buat duit dari internet. 
Banyak ilmu yang boleh kita temui hanya jika kita
rajin untuk menelaah sedalamnya.
 
Ingat Deen , jika hendak berjaya dalam perniagaan 
internet lakukan secara sambilan dan perlahan-lahan.
Apabila kita memahami asas, InsyaAllah akan mudah 
membantu kita untuk lebih maju kehadapan bersama
perniagaan internet.
 
 
Terima kasih
sujairi saidali
 
 
 

0 comment:

Catat Ulasan

 
Copyright 2010 Aku Suka Aku Tulis