You Are Reading

0

7 CARA MELAHIRKAN IKHLAS

Nasz Sniper 8 Dis 2009

Memang bukan mudah untuk melahirkan niat yang ikhlas di dalam hati,tetapi ada cara-cara yang boleh diusahakan.ustaz mohd fauzi menyebut tujuh cara.

1. Lahirkan niat dalam setiap amalan yang dibuat.

2.Bebaskan hati dari niat yang bersifat duniawi."kalau rasa-rasa kita buat
sesuatu amalan baik dengan sebab orang,kita bawa istigfar dan bebaskan
dulu niat itu dari hati".

3.Jangan mengharap pujian manusia dalam berbuat amal dan jangan tertipu
dengan pujian."Jangan sebab orang sayang,orang puji,kita tertipu."

4.Jangan takut dengan celaan manusia.

5.Jangan beramal kerana ingin masyhur,hendaklah populariti atau glamor.

6.Buatlah amal baik secara diam-diam.Hukamah berkata,jadilah kamu
seperti akar pokok yang mnjadi tunjang kepada kehidupan pokok itu,
padahal ia tidak terlihat oleh mata dan tersembunyi di dalam tanah."

7.Sembunyikan amal baik anda seperti anda menyembunyikan amal ke
jahatan anda daripada pengetahuan orang lain.

"Hasilnya,jiwa akan menjadi tenang,rohani kita kuat,kerana kita tidak
peduli dengan kata-kata orang,"

0 comment:

Catat Ulasan

 
Copyright 2010 Aku Suka Aku Tulis